Mengambil gambar pengantin

2008-05-31_0097, originally uploaded by adiman.
Nurul & Mirul di padang rumput hijau depan Perbadanan Putrajaya.
Sepatutnya gambar ni perlu cleanup sket. ade beberapa helai daun.
Taken in an afternoon. Available light only.
I was on a plastic chair and shoot directly above them.
Fun couple to work with.
***
Bagi mamat-mamat yang baru belaja main kamera DSLR, adalah seperti satu impiang mengjadi kenyataang jika dapat menjelma hebat seperti Sepul Nang atau mana-mana kameremeng perkahwinan yang hebat-hebat itu. Lalu mereka tertonggeng-tonggeng di majlis perkahwinan orang untuk mendapatkan best shoot. Perasaannya adalah seperti mat rempit yang mendapat seketul rim aloy kaler gold cap araya yang gilababi ringan angkat pakai bulu mata pon boleh. Terus, berasa gatal mahu berlumba haram supaya mendapat hadiah bohsia untuk diperlakukan hubungan haram. (Alang-alang haram, biar haram betul)
Aku bagi tips free demi tercapainya cita-cita murni kau itu. (Kemeremeng pro bagi tips jugak tapi kene bayar. Aku tak pro, so aku bagi free aje.) Bila nak amik gambar pengantin kene tahu banyak ilmu. Kalau takde ilmu kau amik gamba free saja. Nak charge mahal nanti gambar huduh sapa mau tanggung? Walaupun ditanggung halal, tapi maki hamun pengantin sebab gambar tak jadi kau tanggung sendiri la. Takkan nak suruh pengantin kawen lagi sekali. Pengantin lelaki suka la. Haha.
Antara tips kali ini:
- Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
- Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
- Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
- Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
- Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
- Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepastu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
- Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
- Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
- Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
- Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.
Susah ke? Sapa kata amik gambar orang kawen senang?
Kau pilih saja pengantin yang lawa dan jambu macam Maya Karin untuk job kau. Kompem gamba kau lawa. Kecuali la kau sengal sangat dengan kamera kau. Haha.
Kesimpulan:
- Pengantin yang fotogenic sangatlah advantage untuk mendapatkan gambar cun.
- Angle dan composition penting untuk trick ‘mata’ yang akan melihat gambar.
- Skill membuatkan orang ketawa penting bagi membuatkan pengantin ketawa dan menghilangkan penat.
Susah tu. Susah kalau dah memang tak ada jiwa nak ambik gambar kawen. Ambik gambar lalat kawen ok la jugak. hahahhaha
Tips yang baik. Kelakar tapi logik dan bernas.
Nak cuba jugak lah nanti bila nenek saya kawen lagi satu. Hahahahhah…ada tip untuk pengantin tua?
BWAHAHAHAHHAAHHA!! walaupun aku bukan pengantin tapi gelak besar ok bila baca tips ni.
oooo susah gila rupanya…
kalau pengantin perempuan cun cam Fiza tapi pengantin laki dia, Maoi….camane?
baik give up photography ke..?
:)
“rim aloy kaler gold cap araya yang gilababi ringan angkat pakai bulu mata pon boleh”
hahaha buduh, tak leh blah dowh.
bayan: haha. tips pengantin tua nanti akan ditulis kemudian
anak angkat #1: haha. baguslah. gelak besar itu bagus. boleh terkeluar pedal.
buih: susah woo. lelebih lagi pengantin leleki tu Maoi. haha. sebab tu aku givap dah wedding photography. HAHA
anas: haha. rim araya wei. ringann~~
eh cik bayan. kata nak flickr pro. apecer?
bebapak!!!!!!!
dah keluar juga tips bg pengantin nampak kurus..well done, well done. haha
kulit gelap tapi kaler bling bling..pasrah ajelahh..–>haha
kesimpulannya kalau dah ghope itu, ghope itu juga la. jgn la mimpi nak jd erra fazira puloks.
haha
“kalau ghope itu, ghope juga la.”
idok boleh diselamatkan lagi.
btw, ade wooo.. pengantin tak sedar diri tu gelap tapi baju bling-bling kaler silau. haha. abis rosak sensor kamera.
jadi…flickr
tapi ada masalah ngan maybank saya. Nombor telefon tak tukar lagi, sedangkan saya dah pakai nombor lain, jadinya, susah nak hantar tac nanti.
peah : macam siot.. hahaha
dime, aku suka betul post nih.
hahaha.
owh…susah2 rupenyer…hehehe…
sy pon suke juge post ini… :D
Apa yg penting?KERJASAMA.
Apa yg sama?KERJA PENTING.
Bila bekerjasama,
Semua jadi mudah.
thanks for the tip bro~ :D
nasihat dan ilmu terbaek dari orang yang banyak pengalaman dalam wedding photography, terima kasih abam kerana berkongsi ilmu abam yang mantop ini! lu rawks la!
tips yang best abam.
haha. apa lah. nanti ade lagi tips yang best. tips amik gamba seksi tanpa dikesan pihak seksi. HAHA
salam. tumpang singgah baca. thanks for the tips bro. Tergelak aku sorang2. :)
tips yg bagus…tapi yg penting ialah kerjasama dari pengantin, kita suruh senyum dia senyum…suruh action dia action…kalau manjang malas alamat pening kita dibuatnya